Dunia Masakan Ruminah
Wednesday, 18 September 2019
Sejarah Hari Malaysia
Assalamualaikum...
Sedikit coretan pagi ini tentang Hari Malaysia di mana aku kurang pengetahuan tentang sejarah dan kisah Malaysia yang berunsurkan patriotik ini kalau nak di bandingkan tentang cerita sejarah lain seperti kisah pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima, kisah sejarah Paleolitik, Neolitik da Mesolitik, kisah sejarah Mumia dan kisah sejarah Penjajahan Jepun 1941. Cuma mungkin aku kurang membaca dan terdedah kot...tapi tak mengapa ,hari ini aku cuba buat sedikit kajian dan sentuhan di sini.
Apa yang aku faham, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Nama rasmi : Hari Malaysia
Juga dipanggil : Malaysia
Diamalkan pada : Rakyat Malaysia
Jenis : Kebangsaan
Kepentingan : Tanda Simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutun Malaysia
Tarikh : 16 September 1963
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.
Adalah beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharaan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukan masa membuat pungutan suara Borneo Utara yang kini ialah Sabah dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Lihat juga
* Hari Kebangsaan Malaysia
* Sejarah Malaysia
* 1963 di Malaysia
Wassalam.
Si Kaca Mata.
Tuesday, 17 September 2019
Jerebu melanda lagi
Jerebu dilanda badai lagi tahun 2019 pula...
Aku dah rasa menyampah dengan berdepannya isu yang berlaku pada setiap tahun seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara Malaysia. Realiti baru dunia yang berkembang pesat kita berdepan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi..kan dah keluar peribahasa aku...Kalau tidak salah jerebu berlaku dari tahun 2005 dengan adanya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan sehinggakan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat atas kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 500. Fuhhhh dasyat kalau kita dengar . Kemudian bersambung pada tahun seterusnya iaitu 2006 turut dilanda sekali lagi sehingga ianya mengundang kontroversi kepada seluruh rakyat Malaysia seolah-olah ada wujudnya punca itu belaku, bak kata pepatah lagi " jikalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang". Kini Jerebu kembali lagi lantaran daripada kebakaran hutan yang digembar gemburkan adalah di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Masalah jerebu ni kalau dicerita memang tidak ada titik noktahnya, kalau tahun ni habis jerebu tahun depan akan pasti adanya balik. Faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini secara jelas adalah kerana pembakaran hutan secara besar-besaran. Di negara Indonesia pula adalah negara jiran Malaysia sering berlaku pembakaran secara terbuka kononnya ingin membina infrastruktur baru seperti bangunan tinggi, jalan raya dan sebagainya. Apabila angin bertiup ke arah ke Malaysia maka angin akan membawa jerebu . Kesan natijahnya, rakyat Malaysia juga lah. Selain itu juga ada masyarakat kita sendiri melakukan pembakaran tanpa kawalan dan mengakibatka jerebu juga terjadi waktu jerebu melanda. Haishhh... dah tahu waktu jerebu melanda , ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang membakar sampah-sampah berdekatan dengan rumah.
Dari jurucakap berita harian bertarikh 10 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa 5 kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat. Aduhai.. Johan Setia(159), Petaling Jaya(134), Shah Alam(125), Banting(123) dan Klang(119). Berita hari ini pada 17/9/2019, laporan penutupan sekolah akibat jerebu dari Jabatan Pendidikan negeri Selangor meletakkan 99 buah sekolah ditutup .
Inilah antara kesan negatif yang paling besar bagi rakyat Malaysia adalah kualiti udara negara sudah pastinya terjejas . Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi debu dan asap setiap kali jerebu melanda. Apa yang berlaku seterusnya, sudah pastilah darurat sekiranya Indeks Pencemaran Udara mencecah lebih kepada yang sepatutnya. Masalah kesihatan rakyat bagi golongan yang lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah untuk jatuh sakit kerana ianya menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Mulalah penyakit pun timbul seperti demam, batuk, selsema, asma dan sebagainya. Selain daripada masalah kesihatan, sektor ekonomi juga turut terjejas, seperti contoh aktiviti luar disekat dan industri seperti perikanan, petanian da industri pelancongan turut dihentikan buat sementara waktu demi menjamin keselamatan dan kesihatan. Masalah seperti flora da fauna turut juga terjejas sama sekali.
Aku ada sedikit info yang boleh kongsikan di sini. Difahamkan jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.Oleh itu hendaklah kita meminum air kelapa dan limau nipis ketika ini di mana air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis pula ada mengandungi vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar gas yang lebih merbahaya.
Secara jelasnya, jerebu memang satu fenomena alam yang memberi kesan buruk kepada manusia. Oleh itu aktiviti di luar hendaklah dikurangkan , pakai penutup hidung atau mulut apabila berada di luar rumah, minum air yang banyak, pasang lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan, basuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar, pasang peghawa dingin di dalam kenderaan, jangan merokok dalam kenderaan atau bangunan, sentiasa daatkan nasihat perubatan segera , larangan melakukan pembakaran terbuka dan laporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa. Apa-apa pun kita berdoa agar kita terselamat dari penyakit yang boleh membahayakan kesihatan. Yang membimbangkan aku ialah anak aku akan mengambil peperiksaan PT3 tak lama lagi. Semoga dia dilindungi oleh Allah S.W.T. Amiin...
Wassalam.
Si Kaca Mata.
Wednesday, 11 September 2019
Cabaran Zaman Kini berbisnes Online/Offline
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Cewah! berpantun pulak aku kali ini dengan diselimuti cahaya pagi yang serba indah ini diiringi angin sepoi-sepoi bahasa , dengan kicauan burung-burung kecil menghangatkan lagi suasana. Tinggal di kawasan kampung beginilah gayanya. Ok, sambung cerita...
Aku rasa atau jangkakan hampir 75% rakyat Malaysia berjinak dalam perniagaan online , pada permulaannya bukan mudah yang kita jangakan , ianya memerlukan modal walaupun kecil dan pengetahuan pada peringkat awal. Rata-rata ramai yang menceburi bidang ini ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya, mencuba nasib juga ada yang tidak ketinggalan memandangkan cabaran zaman kini memerlukan wang untuk menampung kelangsungan hidup dengan gaji yang rendah dan tidak mencukupi. Peringkat umur ini boleh di katakan semua peringkat ada yang kalangan pelajar-pelajar universiti, wanita-wanita serta ibu-ibu samada bekerja atau tidak bekerja . Di irinigi pula dengan kemajuaan teknologi , banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh genarasi kini berbanding dulu . Segala maklumat boleh dapati melalui capaian internet . Untunglah zaman kini semua hanya di hujung jari mujur tidak di hujung mulut, sebut dengan perkataan apa yang kita nak tiba-tiba keluar saja. Zaman aku dulu? mana ada..
Cerita pasal kebaikan online ni ada banyak berbanding offline. Mari kita lihat apa dia yang dimaksudkan, dari sudut segmen pelanggan itu mudah , boleh mendapat pelanggan itu daripada internet iaitu melalui facebook, instgram dan sebagainya. Dengan adanya internet ni juga boleh dilihat bukan sahaja di Malaysia malah antarabangsa , berbanding dengan offline pelanggan hadir masuk ke kedai hanya melihat tapi belum pasti membeli . Ok cerita pasal modal, modal yang dikeluarkan jauh lebih murah, ini oleh kerana ianya berbekalkan capaian internet, laptop atau komputer dan hanya duduk di rumah tanpa berfikir untuk membayar sewa kedai...betul tak? Risiko pun kurang berbanding dengan bisness offline yang mana keuntungan yang didapati itu belum tentu cukup untuk membayar sewa kedai. Fuhh pening yang ni. Medium dan kuanti pengiklanan agak fleksibel berbanding dengan offline. Kalau anak orang kaya bolehlah kan, takda masalah. Cerita tentang masa juga , kalau online ni memiliki masa yang fleksible, sempat boleh memasak, hantar anak kesekolah berbanding dengan perniaagaan offline ni, jam pagi kena keluar berkejar nak buka kedai dan tutup kedai juga lewat malam. Dan akhir sekali tidak perlu berada di satu tempat dengan begitu lama, cukup ada laptop dan gajet, yang paling penting internet kena cukup data sekiranya internet lambat itu membikinkan aku marah ni.
Selain itu juga, kita nak juga ikut peredaran masa dan zaman, maka berniaga lah secara online. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Kalau ada modal lebih apasalah nya kalau nak berbisnes offline. Ada juga kebanyakan yang dah kumpul modal dengan berbisnes online , terus buka offline untuk tujuan mengembang bidang perniagaan.
Insyaalah, kalau aku diberi rezeki, diizinkan Allah hendak juga aku mencuba dalam perniagaan online. Kalau ditanya apa jenis perniagaan online yang hendak aku buat, mestilah masakan seperti pembuatan kek dan biskut. Apa yang boleh aku kongsikn di sini, mungkin satu hari aku nak buka cafe aku sendiri ala Scandinavian stail.
OK, aku akhiri dengan sedikit pantun .
Buah cempedak enak rasanya,
Buat santapan di waktu senja,
Sekian sahaja cerita ssaya,
Diharap dapat manfaat semua.
Buah cempedak enak rasanya,
Buat santapan di waktu senja,
Sekian sahaja cerita ssaya,
Diharap dapat manfaat semua.
Si Kaca Mata.
Sunday, 8 September 2019
Pegenalan Diri

Pngenalan Diri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ...
Inilah kalimah yang selalu aku mulakan dalam
setiap perbuatan. Syukur Alhamdulillah tak terhingga,
aku diberi kesempatan dalam membuka ruangan yang tak seindahnya tapi bolehlah
kucuba jua. Bagai kata indah di mata, bagai seri menanti hari. Itulah dia ...
Sentuhanku
dalam penulisan bermula ketika aku di alam persekolahan, aku sangat sunyi dan
tiada teman-teman, maklumlah aku baru saja berpindah sekolah yang tak pernah
aku bayangkan sehingga aku terlalu merindui tawa kawan-kawan yang telah aku
tinggalkan. Lalu aku berjinak dalam bidang ini, tapi ketika itu aku hanya
menulis untuk suka-suka tanpa dipaksa. Percaya atau tidak, aku pernah menjadi
penulis 'main-main' di waktu aku masih di alam persekolahan. Penulisan yang
pernah aku tulis dulu adalah dalam bentuk buku kecil. Ketika itu aku suka
sangat berimaginasi, berkhayal dan kadang-kadang boleh bercakap seorang diri
seolah aku dalam dunia lakonanku sendiri tanpa kamera, lampu neon dan pengarah
... hahahaha ...
Banyak yang telah
kukarangkan tetapi semuanya berkisar tentang cinta, luka, sedih dan hiba. Pada
ketika itu, minatku menjadi seorang penulis amatlah tebal tapi aku tidak dapat
meneruskannya atas sebab aku menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan
sangat sibuk. Ok, berbalik tentang pengenalan diriku.
Biarlah aku kongsikan serba sedikit tentang hidupku, kalau dulu aku pernah
menulis tentang diri atau biodata diri melalui buku kecil yang diagih-agihkan
pada sahabat-sahabat terdekat namun kini aku menulis pengenalan diri di sini
saja.
Nama aku diberi oleh ayahku iaitu Ruminah binti Ruhani yang mana
aku sendiri pernah membenci akan nama ini, kerana kerap diejek oleh rakan-rakan
seperti 'minah rock', 'minah rempit' dan sebagainya. Tapi kini, aku dah
tak pernah ambil pusing atas namaku sendiri. Aku lahir pada 11 November 1978
(cantikkan tarikh kelahiranku, 1111). Kalau beli nombor plat kereta ni, memang
mahal. Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari pertama umat
islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Aku mempunyai 3 adik beradik yang
mana semuanya perempuan dan aku dibesarkan dan bersekolah di Bandar Tun Razak,
Cheras sehingga Tingkatan 1 dan akhirnya aku berpindah ke Kuang, Selangor atas
kerana ayahku telah membeli tanah dan membuat sebiji rumahnya sendiri.
Selepas tamat alam persekolahan, aku telah menyambung pelajaran ke
peringkat Diploma di Taman Melawati. Setelah tamat pembelajaran, aku meneruskan
kehidupan baruku sebagai pekerja di mana aku bekerja sebagai 'Purchasing
Assistant' di sebuah syarikat swasta dalam industri pembuatan kereta selama 11
tahun. Selepas itu, aku meneruskan bidang yang sama cuma syarikat baru berbeza
dengan syarikat yang mula-mula aku bekerja iaitu industri pembungkusan makanan
selama 6 tahun. Di syarikat yang aku bekerja kali ini agak mencabar dengan pengalaman
baru.
Aku merupakan pekerja yang sangat aktif dan akhirnya berjaya ke
peringkat jawatan yang lebih tinggi dan mampu berdaya saing dengan kalangan bangsa
lain. Aku juga aktif dalam banyak program dan kegiatan yang dianjurkan, mampu ke
depan dan melontarkan pendapat atau idea sendiri malah aku sangat berani ketika
menyanggah idea dari mereka yang 'berlakon pandai' didepan orang ramai. Namun,
aku terpaksa berhenti kerja lebih kurang setahun yang lalu disebabkan aku
jatuh sakit walaupun pihak syarikat menawarkan 'light duties'. Aku akan
bercerita lebih lanjut tentang sakitku itu pada lembaran lain pulak ye.
Aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia, penuh dengan warna
warni. Saban penuh dengan celoteh suami, 3 orang anak dan juga anak-anak
kucing. Itulah pengenalan diriku buat masa ini. Doakan aku semoga dapat
menceritakan lagi di masa mendatang. Akhir kata dariku, jadikanlah hidup ini
sebagai satu pengenalan dan pengalaman yang indah walaupun ianya pernah menjadi
satu kepahitan yang mungkin juga tidak boleh kita lupakan.
Ok, berbalik dengan kisah harianku, tidak ada apa yang menarik seperti orang lain memandangkan aku tidak lagi berurusan di pejabat malah bertukar kepada 360 degree hidup sebagai suri rumah tangga. Apa yang menariknya, aku fokus pada suami dan anak-anak. Penyediaan makan pagi, tengahari dan malam. Kebaikannya ialah hidangan itu lebih lazat serta berbeza dari hari sebelumnya...best bukan. Pada malam pula seperti biasalah aku dan suami akan menghantar anakku ke pusat tuisyen pada setiap hari selasa dan rabu. Perghhh penatnya Allah saja yang tahu.
Oleh kerana aku nak menghabiskan masa yang terluang banyak, mulalah berjinak-jinak dalam dunia dan imiginasi tinggi iaitu masakan. Entah kenapa minat dan keinginanku seperti dah jadi "penagihan buat kek". Boleh di katakan hari-hari ada saja menu yang hendak dicuba , tapi Alhamdulliah ianya tidak mengecewakan langsung. Bakat serta minat datang tiba-tiba ,mungkin Allah menggerakkan dan memberi jalan yang terbaik buatku...memang bestlah apabila kek yang aku kaji, aku uji, aku dapat dan hasilnya sangat memberansangkan dan setiap kali aku cuba meletakkan gambar-gambar kek di halaman "facebook" ada saja kawan-kawan yang minta resepi, ada yang terkesan dengan cara dan minat yang aku kongsikan... bestkan kawan-kawan mula memperbincangkan perihal kek . Aku rasa tercabar untuk meneruskan lagi perjuaganku dalam ' Dunia Kek' Entah kenapa airmataku mengalir titis demi titisan tanda aku rasa gembira dan sedih. Di sini, aku nak kongsikan sedikit tip dalam memudahkan memasak...kalau tanya aku tentang mudah masak, campak buang je pasti ianya sedap bukan...angkat bakul sendiri.
So far, aku ada 5 tips dalam memudah memasak yang aku nak kongsikan, jom lihat ruangan ini...setiap wanita dan ibu yang bergelar surirumah sememangnya akan berdepan dengan masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. kalau tidak bijak mengurus masa maka hancur perancangan itu,ialah mana nak bakar kek, mana nak masak lauk tengahari dan malam, maka apa yang aku lakukan yang pertama, asingkan bahan-bahan mentah terlebih dahulu seperti ayam, udang, sotong dan ketam (ketam ni sudah menjadi kemestian) . Siang terlebih dahulu dan jangan basuh kerana akan cepat rosak walaupun dibekukan. Aku akan asingkan mengikut bekas yang berlabel dan ikut kuantiti, mesti rancang terlebih dahulu berapa kuantiti ikan dalam satu bekas untuk elakkan mengundang toksik seandainya dibawa keluar dan masuk. Kedua, pastikan bawang merah, putih besar dan kecil dikopek terlebih dahulu dan terus disimpan dalam bekas tertutup agar bawang bersifat penyerap bakteria. Apabila nak gunakan bawa keluar terus hiris dan tumbuk, tak perlu buang masa lagi dalam pemprosesan memasak. Ketiga, tumis cili blend prosesnya agak leceh dan remeh. Jadi siapkan cili kisar mengikut kuantiti seminggu dan terus disimpan dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais. Keempat, Pastikan sayur dibasuh dan direndam dengan garam untuk lebih kurang 6 minit untuk mengelakkan ianya tidak rosak dan layu. Kemudian diasingkan mengikut jenis sayur dan disimpan dalam bekas. Cara ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu beli sayur acapkali. Kelima, Letakkan senarai menu yang menarik mengikut hari-hari dan letakkan di peti ais untuk dilihat oleh ahli keluarga.
Resepi masakan lauk yang biasa aku pratikkan ialah dari Sheila Rusly, Iena Azman dan Azlita Masam Manis. Begitu juga dengan kek atau roti, biasanya aku akan dapatkan daripada resepi Azlita Masam Manis dan juga dari buku-buku resepi serta youtube masakan yang berbeza-beza menu.
Cerita tentang kek, roti, dessert ni memang satu keseronokan. Nak cerita tentang mudahnya buat kek ni, pada aku memang mudah tapi kalau tidak diiringi dengan bakat, minat memang tak jadi lah kek tu. Buat kek juga perlu ada perasaan yang gembira dan positif kerana hasilnya juga akan terikut dengan perasaan si pembuat itu sendiri percayalah , kalau tak percaya anda boleh cuba. Aku juga tidak berminat buat kek yang mudah, malah lebih terbuka dengan kek yang agak mencabar pula.
Tip suri di dapur...fuh..kalau cerita pasal dapur, dulu memang aku tak gemar masuk sebab tak suka kotorkan dapur, memandangkan aku ada penyakit OCD. Satu kotor pun tak boleh, itu yang buat aku begitu malas masuk dapur. Tapi kini tidak lagi..dapur jadi tempat BFF aku . Aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku tahu tentang buah tomato, yang mana buah tomato ini sangat tak tahan lama dan hendak mengekalkan kesegaran buat tersebut, hanya dengan mengambil sedikit minyak masak da panaskan , apabila minyak masak tadi telah suam, sapukan di sekeliling buah tomato dan simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Dan satu lagi cara untuk mengelakkan mee kuning berasa pahit ialah dengan direndam terlebih dahulu dengan dicampurkan air dan gula lebih kurang 15 minit dan kemudian ditoskan. Dengan cara ini, pahit itu akan hilang. OK Selamat Mecuba...hahahhaha.
Motivasi... apa itu motivasi? Ialah kadang-kadang aku pun tak ada motivasi , lebih-lebih lagi apabila aku sakit dan berhenti kerja, motivasi itu pun hilang. Tapi Allah kan ada, yakinlah setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah dan jalan yang paling baik akan kita dapat...yang penting sabar, ikhlas, redha, berdoa, usaha dan tawakal. Selalu akan cuba pratikkan dan yakin. Yang pertama, Untuk menjadikan dunia aku lebih baik, aku sendirilah perlu berubah untuk jadi lebih lagi baik. Yang kedua, Tanpa kesilapan, aku tidak akan berada pada kejayaan.
OK, itu sahaja titipan, tips dan penceritaan buat kali ini...Jumpa lagi di masa akan datang dengan blog yang seterusnya.

Posted by, ruminahruhani.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jerebu dilanda lagi
Sejarah Hari Malaysia
Assalamualaikum... Sedikit coretan pagi ini tentang Hari Malaysia di mana aku kurang pengetahuan tentang sejarah dan kisah Malaysia yang...