Wednesday, 18 September 2019

Sejarah Hari Malaysia



Assalamualaikum...

Sedikit coretan pagi ini tentang Hari Malaysia di mana aku kurang pengetahuan tentang sejarah dan kisah Malaysia yang berunsurkan patriotik ini  kalau nak di bandingkan tentang cerita sejarah lain seperti kisah pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima, kisah sejarah Paleolitik, Neolitik da Mesolitik, kisah sejarah Mumia dan kisah sejarah Penjajahan Jepun 1941. Cuma mungkin aku  kurang membaca dan terdedah kot...tapi tak mengapa ,hari ini aku cuba buat sedikit kajian dan sentuhan di sini.

Apa yang aku faham, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Nama rasmi        : Hari Malaysia
Juga dipanggil    : Malaysia
Diamalkan pada : Rakyat Malaysia
Jenis                   : Kebangsaan
Kepentingan       : Tanda Simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutun Malaysia
Tarikh                 : 16 September 1963

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.
Adalah beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharaan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukan masa membuat pungutan suara Borneo Utara yang kini ialah Sabah dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.



Lihat juga
* Hari Kebangsaan Malaysia
* Sejarah Malaysia
* 1963 di Malaysia


Wassalam.



Si Kaca Mata.

No comments:

Post a Comment

Jerebu dilanda lagi

Sejarah Hari Malaysia

Assalamualaikum... Sedikit coretan pagi ini tentang Hari Malaysia di mana aku kurang pengetahuan tentang sejarah dan kisah Malaysia yang...