Pngenalan Diri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ...
Inilah kalimah yang selalu aku mulakan dalam
setiap perbuatan. Syukur Alhamdulillah tak terhingga,
aku diberi kesempatan dalam membuka ruangan yang tak seindahnya tapi bolehlah
kucuba jua. Bagai kata indah di mata, bagai seri menanti hari. Itulah dia ...
Sentuhanku
dalam penulisan bermula ketika aku di alam persekolahan, aku sangat sunyi dan
tiada teman-teman, maklumlah aku baru saja berpindah sekolah yang tak pernah
aku bayangkan sehingga aku terlalu merindui tawa kawan-kawan yang telah aku
tinggalkan. Lalu aku berjinak dalam bidang ini, tapi ketika itu aku hanya
menulis untuk suka-suka tanpa dipaksa. Percaya atau tidak, aku pernah menjadi
penulis 'main-main' di waktu aku masih di alam persekolahan. Penulisan yang
pernah aku tulis dulu adalah dalam bentuk buku kecil. Ketika itu aku suka
sangat berimaginasi, berkhayal dan kadang-kadang boleh bercakap seorang diri
seolah aku dalam dunia lakonanku sendiri tanpa kamera, lampu neon dan pengarah
... hahahaha ...
Banyak yang telah
kukarangkan tetapi semuanya berkisar tentang cinta, luka, sedih dan hiba. Pada
ketika itu, minatku menjadi seorang penulis amatlah tebal tapi aku tidak dapat
meneruskannya atas sebab aku menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan
sangat sibuk. Ok, berbalik tentang pengenalan diriku.
Biarlah aku kongsikan serba sedikit tentang hidupku, kalau dulu aku pernah
menulis tentang diri atau biodata diri melalui buku kecil yang diagih-agihkan
pada sahabat-sahabat terdekat namun kini aku menulis pengenalan diri di sini
saja.
Nama aku diberi oleh ayahku iaitu Ruminah binti Ruhani yang mana
aku sendiri pernah membenci akan nama ini, kerana kerap diejek oleh rakan-rakan
seperti 'minah rock', 'minah rempit' dan sebagainya. Tapi kini, aku dah
tak pernah ambil pusing atas namaku sendiri. Aku lahir pada 11 November 1978
(cantikkan tarikh kelahiranku, 1111). Kalau beli nombor plat kereta ni, memang
mahal. Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari pertama umat
islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Aku mempunyai 3 adik beradik yang
mana semuanya perempuan dan aku dibesarkan dan bersekolah di Bandar Tun Razak,
Cheras sehingga Tingkatan 1 dan akhirnya aku berpindah ke Kuang, Selangor atas
kerana ayahku telah membeli tanah dan membuat sebiji rumahnya sendiri.
Selepas tamat alam persekolahan, aku telah menyambung pelajaran ke
peringkat Diploma di Taman Melawati. Setelah tamat pembelajaran, aku meneruskan
kehidupan baruku sebagai pekerja di mana aku bekerja sebagai 'Purchasing
Assistant' di sebuah syarikat swasta dalam industri pembuatan kereta selama 11
tahun. Selepas itu, aku meneruskan bidang yang sama cuma syarikat baru berbeza
dengan syarikat yang mula-mula aku bekerja iaitu industri pembungkusan makanan
selama 6 tahun. Di syarikat yang aku bekerja kali ini agak mencabar dengan pengalaman
baru.
Aku merupakan pekerja yang sangat aktif dan akhirnya berjaya ke
peringkat jawatan yang lebih tinggi dan mampu berdaya saing dengan kalangan bangsa
lain. Aku juga aktif dalam banyak program dan kegiatan yang dianjurkan, mampu ke
depan dan melontarkan pendapat atau idea sendiri malah aku sangat berani ketika
menyanggah idea dari mereka yang 'berlakon pandai' didepan orang ramai. Namun,
aku terpaksa berhenti kerja lebih kurang setahun yang lalu disebabkan aku
jatuh sakit walaupun pihak syarikat menawarkan 'light duties'. Aku akan
bercerita lebih lanjut tentang sakitku itu pada lembaran lain pulak ye.
Aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia, penuh dengan warna
warni. Saban penuh dengan celoteh suami, 3 orang anak dan juga anak-anak
kucing. Itulah pengenalan diriku buat masa ini. Doakan aku semoga dapat
menceritakan lagi di masa mendatang. Akhir kata dariku, jadikanlah hidup ini
sebagai satu pengenalan dan pengalaman yang indah walaupun ianya pernah menjadi
satu kepahitan yang mungkin juga tidak boleh kita lupakan.
Ok, berbalik dengan kisah harianku, tidak ada apa yang menarik seperti orang lain memandangkan aku tidak lagi berurusan di pejabat malah bertukar kepada 360 degree hidup sebagai suri rumah tangga. Apa yang menariknya, aku fokus pada suami dan anak-anak. Penyediaan makan pagi, tengahari dan malam. Kebaikannya ialah hidangan itu lebih lazat serta berbeza dari hari sebelumnya...best bukan. Pada malam pula seperti biasalah aku dan suami akan menghantar anakku ke pusat tuisyen pada setiap hari selasa dan rabu. Perghhh penatnya Allah saja yang tahu.
Oleh kerana aku nak menghabiskan masa yang terluang banyak, mulalah berjinak-jinak dalam dunia dan imiginasi tinggi iaitu masakan. Entah kenapa minat dan keinginanku seperti dah jadi "penagihan buat kek". Boleh di katakan hari-hari ada saja menu yang hendak dicuba , tapi Alhamdulliah ianya tidak mengecewakan langsung. Bakat serta minat datang tiba-tiba ,mungkin Allah menggerakkan dan memberi jalan yang terbaik buatku...memang bestlah apabila kek yang aku kaji, aku uji, aku dapat dan hasilnya sangat memberansangkan dan setiap kali aku cuba meletakkan gambar-gambar kek di halaman "facebook" ada saja kawan-kawan yang minta resepi, ada yang terkesan dengan cara dan minat yang aku kongsikan... bestkan kawan-kawan mula memperbincangkan perihal kek . Aku rasa tercabar untuk meneruskan lagi perjuaganku dalam ' Dunia Kek' Entah kenapa airmataku mengalir titis demi titisan tanda aku rasa gembira dan sedih. Di sini, aku nak kongsikan sedikit tip dalam memudahkan memasak...kalau tanya aku tentang mudah masak, campak buang je pasti ianya sedap bukan...angkat bakul sendiri.
So far, aku ada 5 tips dalam memudah memasak yang aku nak kongsikan, jom lihat ruangan ini...setiap wanita dan ibu yang bergelar surirumah sememangnya akan berdepan dengan masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. kalau tidak bijak mengurus masa maka hancur perancangan itu,ialah mana nak bakar kek, mana nak masak lauk tengahari dan malam, maka apa yang aku lakukan yang pertama, asingkan bahan-bahan mentah terlebih dahulu seperti ayam, udang, sotong dan ketam (ketam ni sudah menjadi kemestian) . Siang terlebih dahulu dan jangan basuh kerana akan cepat rosak walaupun dibekukan. Aku akan asingkan mengikut bekas yang berlabel dan ikut kuantiti, mesti rancang terlebih dahulu berapa kuantiti ikan dalam satu bekas untuk elakkan mengundang toksik seandainya dibawa keluar dan masuk. Kedua, pastikan bawang merah, putih besar dan kecil dikopek terlebih dahulu dan terus disimpan dalam bekas tertutup agar bawang bersifat penyerap bakteria. Apabila nak gunakan bawa keluar terus hiris dan tumbuk, tak perlu buang masa lagi dalam pemprosesan memasak. Ketiga, tumis cili blend prosesnya agak leceh dan remeh. Jadi siapkan cili kisar mengikut kuantiti seminggu dan terus disimpan dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais. Keempat, Pastikan sayur dibasuh dan direndam dengan garam untuk lebih kurang 6 minit untuk mengelakkan ianya tidak rosak dan layu. Kemudian diasingkan mengikut jenis sayur dan disimpan dalam bekas. Cara ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu beli sayur acapkali. Kelima, Letakkan senarai menu yang menarik mengikut hari-hari dan letakkan di peti ais untuk dilihat oleh ahli keluarga.
Resepi masakan lauk yang biasa aku pratikkan ialah dari Sheila Rusly, Iena Azman dan Azlita Masam Manis. Begitu juga dengan kek atau roti, biasanya aku akan dapatkan daripada resepi Azlita Masam Manis dan juga dari buku-buku resepi serta youtube masakan yang berbeza-beza menu.
Cerita tentang kek, roti, dessert ni memang satu keseronokan. Nak cerita tentang mudahnya buat kek ni, pada aku memang mudah tapi kalau tidak diiringi dengan bakat, minat memang tak jadi lah kek tu. Buat kek juga perlu ada perasaan yang gembira dan positif kerana hasilnya juga akan terikut dengan perasaan si pembuat itu sendiri percayalah , kalau tak percaya anda boleh cuba. Aku juga tidak berminat buat kek yang mudah, malah lebih terbuka dengan kek yang agak mencabar pula.
Tip suri di dapur...fuh..kalau cerita pasal dapur, dulu memang aku tak gemar masuk sebab tak suka kotorkan dapur, memandangkan aku ada penyakit OCD. Satu kotor pun tak boleh, itu yang buat aku begitu malas masuk dapur. Tapi kini tidak lagi..dapur jadi tempat BFF aku . Aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku tahu tentang buah tomato, yang mana buah tomato ini sangat tak tahan lama dan hendak mengekalkan kesegaran buat tersebut, hanya dengan mengambil sedikit minyak masak da panaskan , apabila minyak masak tadi telah suam, sapukan di sekeliling buah tomato dan simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Dan satu lagi cara untuk mengelakkan mee kuning berasa pahit ialah dengan direndam terlebih dahulu dengan dicampurkan air dan gula lebih kurang 15 minit dan kemudian ditoskan. Dengan cara ini, pahit itu akan hilang. OK Selamat Mecuba...hahahhaha.
Motivasi... apa itu motivasi? Ialah kadang-kadang aku pun tak ada motivasi , lebih-lebih lagi apabila aku sakit dan berhenti kerja, motivasi itu pun hilang. Tapi Allah kan ada, yakinlah setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah dan jalan yang paling baik akan kita dapat...yang penting sabar, ikhlas, redha, berdoa, usaha dan tawakal. Selalu akan cuba pratikkan dan yakin. Yang pertama, Untuk menjadikan dunia aku lebih baik, aku sendirilah perlu berubah untuk jadi lebih lagi baik. Yang kedua, Tanpa kesilapan, aku tidak akan berada pada kejayaan.
OK, itu sahaja titipan, tips dan penceritaan buat kali ini...Jumpa lagi di masa akan datang dengan blog yang seterusnya.

Posted by, ruminahruhani.blogspot.com
No comments:
Post a Comment