Jerebu dilanda badai lagi tahun 2019 pula...
Aku dah rasa menyampah dengan berdepannya isu yang berlaku pada setiap tahun seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara Malaysia. Realiti baru dunia yang berkembang pesat kita berdepan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi..kan dah keluar peribahasa aku...Kalau tidak salah jerebu berlaku dari tahun 2005 dengan adanya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan sehinggakan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat atas kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 500. Fuhhhh dasyat kalau kita dengar . Kemudian bersambung pada tahun seterusnya iaitu 2006 turut dilanda sekali lagi sehingga ianya mengundang kontroversi kepada seluruh rakyat Malaysia seolah-olah ada wujudnya punca itu belaku, bak kata pepatah lagi " jikalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang". Kini Jerebu kembali lagi lantaran daripada kebakaran hutan yang digembar gemburkan adalah di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Masalah jerebu ni kalau dicerita memang tidak ada titik noktahnya, kalau tahun ni habis jerebu tahun depan akan pasti adanya balik. Faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini secara jelas adalah kerana pembakaran hutan secara besar-besaran. Di negara Indonesia pula adalah negara jiran Malaysia sering berlaku pembakaran secara terbuka kononnya ingin membina infrastruktur baru seperti bangunan tinggi, jalan raya dan sebagainya. Apabila angin bertiup ke arah ke Malaysia maka angin akan membawa jerebu . Kesan natijahnya, rakyat Malaysia juga lah. Selain itu juga ada masyarakat kita sendiri melakukan pembakaran tanpa kawalan dan mengakibatka jerebu juga terjadi waktu jerebu melanda. Haishhh... dah tahu waktu jerebu melanda , ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang membakar sampah-sampah berdekatan dengan rumah.
Dari jurucakap berita harian bertarikh 10 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa 5 kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat. Aduhai.. Johan Setia(159), Petaling Jaya(134), Shah Alam(125), Banting(123) dan Klang(119). Berita hari ini pada 17/9/2019, laporan penutupan sekolah akibat jerebu dari Jabatan Pendidikan negeri Selangor meletakkan 99 buah sekolah ditutup .
Inilah antara kesan negatif yang paling besar bagi rakyat Malaysia adalah kualiti udara negara sudah pastinya terjejas . Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi debu dan asap setiap kali jerebu melanda. Apa yang berlaku seterusnya, sudah pastilah darurat sekiranya Indeks Pencemaran Udara mencecah lebih kepada yang sepatutnya. Masalah kesihatan rakyat bagi golongan yang lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah untuk jatuh sakit kerana ianya menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Mulalah penyakit pun timbul seperti demam, batuk, selsema, asma dan sebagainya. Selain daripada masalah kesihatan, sektor ekonomi juga turut terjejas, seperti contoh aktiviti luar disekat dan industri seperti perikanan, petanian da industri pelancongan turut dihentikan buat sementara waktu demi menjamin keselamatan dan kesihatan. Masalah seperti flora da fauna turut juga terjejas sama sekali.
Aku ada sedikit info yang boleh kongsikan di sini. Difahamkan jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.Oleh itu hendaklah kita meminum air kelapa dan limau nipis ketika ini di mana air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis pula ada mengandungi vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar gas yang lebih merbahaya.
Secara jelasnya, jerebu memang satu fenomena alam yang memberi kesan buruk kepada manusia. Oleh itu aktiviti di luar hendaklah dikurangkan , pakai penutup hidung atau mulut apabila berada di luar rumah, minum air yang banyak, pasang lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan, basuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar, pasang peghawa dingin di dalam kenderaan, jangan merokok dalam kenderaan atau bangunan, sentiasa daatkan nasihat perubatan segera , larangan melakukan pembakaran terbuka dan laporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa. Apa-apa pun kita berdoa agar kita terselamat dari penyakit yang boleh membahayakan kesihatan. Yang membimbangkan aku ialah anak aku akan mengambil peperiksaan PT3 tak lama lagi. Semoga dia dilindungi oleh Allah S.W.T. Amiin...
Wassalam.
Si Kaca Mata.
No comments:
Post a Comment